Sunday, 7 December 2014

Seloka J. P. J.

Gembiranya hati bila viral pasal JPJ tu mendapat komen dari pihak bertanggungjawab;

'Pihak kementerian telah mengkaji sedalamnya mengenai tinted, nombor plat kereta dan pengubahsuaian kereta yang dikatakan tidak relevan untuk disaman.Justeru pihak kementerian telah bersetuju untuk menggubal kembali akta-akta dan peraturan lain demi mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia. Antara perkara yang digubal semula ialah;

1. Penggunaan tinted dibolehkan pada had 50% untuk cermin sisi bahagian tempat duduk hadapan, belakang dan cermin belakang (kecuali kenderaan import yang asalnya menggunakan tinted 70% - MPV, SUV) dan hanya 30% sahaja untuk cermin depan.

2. Nombor plate kereta yang diubahsuai TIDAK dilarang sama sekali asalkan perubahan nombor dan huruf TIDAK mengelirukan atau bercorak berlebihan.

3. Pengubahsuaian kereta juga dibenarkan akan tetapi pemilik kenderaan perlu mendaftar kepada JPJ bagi mengemaskinikan data pemilik berkenaan.

4. Had laju di lebuh raya adalah tidak terhad, akan TETAPI pemilik kenderaan haruslah mengikut lorong mengikut kelajuan yang ditetapkan;
Lorong 1 : 0 - 80kmsj
Lorong 2 : 80 - 130kmsj
Lorong 3 : 130kmsj ke atas
..walaubagaimanapun,pemandu kenderaan bas awam dan lori hendaklah memandu pada kadar dibawah 90kmsj. Pengguna motosikal hendaklah memandu di lorong sebelah kiri JIKA tidak memotong dan DIBOLEHKAN kepada mereka yang memandu pada kadar kelajuan 100kmsj menggunakan lorong tengah dan kanan. (bergantung kepada kemahiran pemanduan).

5. Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk membuka litar/lapangan kepada awam yang mempunyai hobi yang berkaitan dengan kenderaan serta pameran autosalon secara percuma.

6. Cukai kenderaan import dilupuskan manakala harga kenderaan tempatan dikurangkan.

7. Tidak dilupakan trek yang berasingan (berbayar) untuk golongan rempit/kereta yang suka membuat aksi badut dan eksyen x bertempat sampai menyusahkan pengguna jalan yang lain macam jalan raya nie bapak ko yang punya, nokhrom!!! -sumber TidakBernama

-Dato Paduka Pasir Hangit
Menteri Pengangkutan
Negara Pasir Berdengungggg

p/s: Peraturan baru ini hanya SAH di Negara Pasir Berdengung sahaja.
����������

Just Joke

Tiga anggota pasukan keselamatan bertembung dengan beberapa gadis orang asli yang sedang mandi bogel di sebatang sungai di dalam hutan.
Melihat ade lelaki memandang mereka, gadis2 orang asli itupun melompat naik ke darat dan menutup mukanya sahaja.
Askar...apasal kamu tutup muka aje, kenapa x tutup semua badan?
Orang asli...yang lain semuanya serupa...muka je x sama..

HAHAHA..

Doa... jangun putus asa dengan nikmat dan rezeki Tuhan. SYUKURLAH

Moga menjadi iktibar..... . 

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber  pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe  yang dibuatnya sendiri. 

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.  Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya 
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. 

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan 
perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua 
tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" 

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih 
tetap kacang soya. 

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,  Amin" 

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. 

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah 
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. 

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. 

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. 

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah 
mula kurang. 

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." 

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk 
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". 

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. 

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England 
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah 
tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. 

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan... 

Moral: 

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu 
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan 
apa yang terbaik untuk diri kita. 


Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita 
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang 
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai 
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita. 


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan 

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak 
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , 
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke 
arah kebaikan.. 


Kelima: Percaya dan yakinlah hanya Allah pemberi rezeki.

Oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. 
Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat .

Berwaspada lah ketika memberi nasi lomak orang2 Indon

Berwaspada lah ketika memberi nasi lomak orang2 Indon ya....
Ini adalah kisah benar....... 
 .. Just to contribute dijual oleh perempuan Indon....
 Lately, we can see banyak makcik-makcik, kakak-kakak yang menjual nasi lemak, especially pada kawasan perumahan baru.. Sometimes kita tak begitu teliti sama ada yang jual nasi lemak tu Indon ke, malay ke....becoz nampak sama saja, skaf or just anak tudung. This story happened to myfren..last few month in Selangor (before he shift to JB).
Ceritanya.... 
Setelah berpindah ke rumah yang baru dibeli di satu kawasan yang sedang
membangun di salah satu daerah di Selangor, breakfast, I cari yang nampak bersih and the lady mesti pakai skaf (Muslim, I supposed) So I jumpa satu makcik....jual nasi lemak, very nice nasi lemak, banyak lauk, ayam, daging, ikan dsbnya..presentationnya pun menarik, lauk-lauk dimasuk dalam bekas yang cantik, mejanya bersih, semua ada cover termasuklah kepalanya sekali ..... then I continue jadi dia punya regular customer.
  
For almost two weeks I really enjoyed her nasi lemak......, until one day I
terserempak dengan seorang Chinese lady, asking that makcik "apa lauk yang
special hari ni..??" Dengan pelat yang kurang indonannya mungkin dah lama kat sini)... dia menjawab.... Ikan sambel ada, ayam sambel ada, daging lembu
rendang ada, DAGING BABI MASAK RENDANG ada, bla, bla, bla,....."Hampir nak pengsan saya dibuatnya, Nasib baiklah sebelum ni saya hanya membeli nasi lemak biasa dan adalah sekali dua beli nasi berlaukkan ayam......). So, I
asked her....are you muslim?? She say NO..!!! Then I ask her why is she
wearing anak tudung....guess what she told me..... takut rambut jatuh dalam
nasi supaya nampak bersih...... So, be carefull....  esspecially if you
just! shift to new housing area coz there are a lot of Indon workers and
may be their wife looking for extra money, then they decide to sell nasi
lemak...., 

just BE CAREFULL!!!

Tuesday, 2 December 2014

Percayakah anda?

BELIEVE IT OR NOT.
1.Ikan parang tidak boleh di guna untuk menebang pokok.
2.Walau maju macam mana sekali pun Pekan di pahang tetap akan di sebut Pekan.
3.Kereta yang paling mahal di dunia adalah Keretapi.
4.Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi bolih melahir adalah surat beranak.
5.Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak bolih di cucuh dan menyala.
6.Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang bolih di percayai adalah di Janda Baik.
7.Tempat tertinggi di Malaysia bukan nya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.
8.Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.
9.Rumah yang paling bahaya adalah rumah api.
10.kakaktua tidak tahu yg dia sebenar nya saudara yg lebih tua dari adik2 nya.
11.Kastam belum lagi mengguna anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.
12.Harimau bolih membuat lelaki lari tetapi hari2mau membuat isteri lari.
13.Kuda laut tidak bolih berlumba.
14.Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.
15.Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yg membawa ke pajak gadai.

Fakta: Perbezaan Petrol RON95 & RON97 Yang Anda Perlu Tahu

Minyak petrol negara ini akan diselaraskan dengan dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON 95 dab RON 97. Sebagai pengetahuan, kedua-dua jenis bahanapi ini ialah dari sumber yang sama, Cuma melalui proses berbeza yang mana kedua-duanya tetap kekal sebagai petrol tanpa plumbum. 

Jadi, mulai 1 Disember 2014, RON95 harganya ialah RM2.26 manakala RON97 menjadi petrol premium pada harga RM2.46

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut?

Langkah paling mudah ialah melihat pada penutup petrol. Dan jika tiada di situ, boleh rujuk di buku panduan kenderaan. Pun begitu, tidak semua kereta ditulis dalam bentuk angka, sesetengahnya ditulis dengan istilah ‘leaded’ dan ‘unleaded’. Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia  merupakan petrol jenis tanpa plumbum (unleaded).

Adakah RON97 lebih baik dari RON95?

Secara teorinya, benar, namun secara paraktiknya tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON 97 di stesen B. Perlu diingatkan, setiap petrol di yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat ini mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah?

RON adalah berkaitan campuran dua asas campuran Oktana dan Pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahanbakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah Oktana dan selebihnya Pentana. Begitu juga dengan RON97, 3 peratus Pentana dan selebihnya Oktana. Gandingan ini pula memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?

Namun sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai dengan menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking) atau juga disebut pinging.Enjin selinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar dengan sejumlah 95 peratus Oktana. 

Ingat. Sifat Oktana ialah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai untuk menggunakan petrol RON95. Sebaliknya, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus Oktana, maka penggunaan RON95 adalah tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan sifat mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi tidak pada pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan disinilah masalah ketukan (knocking) berlaku. Petrol yang baik adalah bergantung pada jenis pengeluar petrol itu sendiri.

Seperti yang diterangkan diawal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Ia direka dengan kejuruteraan tinggi untuk menjadikan setiap klasifikasi bahanbakar tersebut adalah yang terbaik. RON pula adalah klasifikasi piawai yang wajib mereka selaraskan. Sama seperti penetapan kelikatan yang ditetapkan dalam industri minyak pelincir. Dakyah yang mengatakan lebih tinggi RON adalah lebih baik merupakan pendapat yang tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan enjin.

Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisyen. Setiap pengeluar memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ada pengeluar yang benar-benar serius dengan mengekalkan tahap sulfur (jenis pencemaran ni) jauh lebih rendah daripada yang disarankan, malah ada sesetengah pengeluar petrol juga menghasilkan peratusan RON lebih tinggi dari RON97 tetapi masih diklasifikasi sebagai RON97. Ada juga pengeluar yang menjual RON97 dengan kandungan Pentana lebih 5 peratus.

Kesimpulan

RON adalah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata. Tidak guna membandingkan RON100 Jepun atau RON98 di Britain. Mereka mempunyai enjin yang dicipta untuk kaedah pembakaran begitu. Kenapa perlu telan 2 bijik panadol kalau sebiji dah mencukupi untuk menyembuhkan demam panas? Kenapa perlu berbelanja lebih? sedekah kat anak yatim pun dapat pahala.