Sunday, 7 December 2014

Seloka J. P. J.

Gembiranya hati bila viral pasal JPJ tu mendapat komen dari pihak bertanggungjawab;

'Pihak kementerian telah mengkaji sedalamnya mengenai tinted, nombor plat kereta dan pengubahsuaian kereta yang dikatakan tidak relevan untuk disaman.Justeru pihak kementerian telah bersetuju untuk menggubal kembali akta-akta dan peraturan lain demi mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia. Antara perkara yang digubal semula ialah;

1. Penggunaan tinted dibolehkan pada had 50% untuk cermin sisi bahagian tempat duduk hadapan, belakang dan cermin belakang (kecuali kenderaan import yang asalnya menggunakan tinted 70% - MPV, SUV) dan hanya 30% sahaja untuk cermin depan.

2. Nombor plate kereta yang diubahsuai TIDAK dilarang sama sekali asalkan perubahan nombor dan huruf TIDAK mengelirukan atau bercorak berlebihan.

3. Pengubahsuaian kereta juga dibenarkan akan tetapi pemilik kenderaan perlu mendaftar kepada JPJ bagi mengemaskinikan data pemilik berkenaan.

4. Had laju di lebuh raya adalah tidak terhad, akan TETAPI pemilik kenderaan haruslah mengikut lorong mengikut kelajuan yang ditetapkan;
Lorong 1 : 0 - 80kmsj
Lorong 2 : 80 - 130kmsj
Lorong 3 : 130kmsj ke atas
..walaubagaimanapun,pemandu kenderaan bas awam dan lori hendaklah memandu pada kadar dibawah 90kmsj. Pengguna motosikal hendaklah memandu di lorong sebelah kiri JIKA tidak memotong dan DIBOLEHKAN kepada mereka yang memandu pada kadar kelajuan 100kmsj menggunakan lorong tengah dan kanan. (bergantung kepada kemahiran pemanduan).

5. Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk membuka litar/lapangan kepada awam yang mempunyai hobi yang berkaitan dengan kenderaan serta pameran autosalon secara percuma.

6. Cukai kenderaan import dilupuskan manakala harga kenderaan tempatan dikurangkan.

7. Tidak dilupakan trek yang berasingan (berbayar) untuk golongan rempit/kereta yang suka membuat aksi badut dan eksyen x bertempat sampai menyusahkan pengguna jalan yang lain macam jalan raya nie bapak ko yang punya, nokhrom!!! -sumber TidakBernama

-Dato Paduka Pasir Hangit
Menteri Pengangkutan
Negara Pasir Berdengungggg

p/s: Peraturan baru ini hanya SAH di Negara Pasir Berdengung sahaja.
����������

No comments:

Post a Comment