Saturday, 5 July 2014

Penjelasan mengenai isu tindakan MPKj menghentikan operasi Bazar Ramaan

Penjelasan mengenai isu tindakan MPKj menghentikan operasi Bazar Ramadan di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Setelah merujuk kepada pihak-pihak yang berwajib iaitu Masjid Al-Hidayah, MPKj & JKR Hulu Langat serta beberapa orang peniaga terlibat, saya mendapati fakta-fakta berikut:
  1. MPKj telah memberi permit kepada pihak Masjid Al-Hidayah untuk menganjurkan pasar JUADAH Ramadhan.
  2. Masjid menyerahkan kepada operator untuk jalankan, dengan janji operator akan memberi keuntungan kepada masjid.
  3. Operator dengan menggunakan permit yang ada telah memohon JKR untuk membuka jalan masuk ke kawasan pasar, dengan alasan MPKj sudah memberi permit pasar JUADAH dan BAZAR
  4. JKR telah memberi surat kebenaran kepada penganjur, malah tolong membuka jalan seperti yang dipohon atas sebab dgn sangkaan baik bahawa penganjur sudah mendapat permit MPKj dan ada tujuan baik iaitu untuk pembinan masjid, tanpa sedar bahawa permit yang MPKj beri adalah utk JUADAH, bukan BAZAR.
  5. Operator setelah memperoleh surat JKR, telah war-warkan kepada peniaga bahawa penganjur sudah dapat sokongan pihak JKR.
  6. Operator telah mengutip wang deposit daripada peniaga, sekalipun tiada permit bazar dikeluarkan.
  7. Setelah MPKj menyedari ada penipuan dalam operasi tersebut, MPKj telah memberi notis kepada penganjur supaya menghentikan penganjuran bazar.
  8. MPKj juga memanggil peniaga berkenaan ke sesi taklimat khas, dengan tujuan menjelaskan kedudukan bahawa penganjuran bazar tidak wujud, tiada permohonan dan tiada permit bazar dikeluarkan.
  9. Operator tetap tidak mahu berganjak sekalipun mpkj sudah memberi notis, memberi tempoh dan memberi peluang untuk operator membuka sendiri khemah-khemah yang didirikan.
  10. Operator tetap tidak berganjak, malah menggunakan sentimen bangsa, masjid dan politik kebencian kepada Parti Kerajaan, lalu mengajak satu demontrasi diadakan.

Akibat daripada itu, berlaku peristiwa perobohan tersebut.
Sekian dimaklumkan.
YB Ust Shafie Ngah,
ADUN Bangi.
  • Samsul Anwar's photo.
  • Sumber: https://www.facebook.com/groups/bdrbarubangi/?fref=nf

No comments:

Post a Comment