MH17: PASUKAN PENYIASAT MALAYSIA BELUM DAPAT LAKSANAKAN TUGAS
Pasukan Penyiasat Malaysia yang ditugaskan menyiasat kemalangan tragis pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah tiba di Kiev, Ukraine awal hari ini.
Bagaimanapun, pasukan itu tidak dapat melaksanakan tugas berikutan lokasi
kemalangan tidak selamat untuk dimasuki.
Ketuanya, Khairil Hilmi Mokhtar berkata belum ada laluan selamat untuk
pasukan berkenaan melawat lokasi kemalangan di Grabovo, kira-kira 750 kilometer
dari Kiev dan Kerajaan Ukraine sedang memudahkan urusan buat pasukan berkenaan.
"Kami akan sentiasa mematuhi keperluan Kerajaan Ukraine kerana mereka juga
berusaha memastikan keselamatan kita dalam melaksanakan misi ini," kata Khairil
Hilmi kepada wartawan Malaysia di Kiev hari ini.
Pasukan itu terdiri daripada 131 anggota, termasuk 24 anggota Pasukan
Penyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai forensik polis.
No comments:
Post a Comment