TEKNIK MENGURUS WANG
"Jika anda gemar berbelanja menggunakan kad kredit tanpa rasa bersalah, sudah tiba masanya sifat tersebut dikikis"
Artikel saya pada kali ini akan membicarakan cara-cara yang boleh anda gunakan untuk mengurus wang anda dengan bijak. Berdasarkan panduan yang diberikan anda akan dapat mengenalpasti teknik bijak mengurus wang dan memikirkan cara-cara lain bersesuaian dengan diri sendiri.
1. Urus perbelanjaan anda dengan bijak
Lihat semula semua perbelanjaan anda. Kenalpasti perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh ubah. Kawal perbelanjaan boleh ubah anda. Perbelanjaan tetap seperti ansuran rumah, kereta dan bayaran bil-bil tidak boleh dielak. Tetapi ada cara untuk mengurangkan perbelanjaan ini.
2. Kawal perbelanjaan anda
Anda tidak sepatutnya berbelanja sewenang-wenangnya. Ingat!!! berbelanjalah ikut keperluan dan tangguhkan apa yang boleh.
3. Hadkan penggunaan kad kredit
Kad kredit memang memberi kemudahan. Tetapi akan menyusahkan dan membebankan jika anda tidak berdisiplan dan berhemah menggunanya. Hadkan kad kepada satu sahaja. Guna jika perlu. Jika boleh selesaikan semua hutang kad kredit setiap bulan.
4. Bina simpanan anda
Apabila anda mampu menguruskan wang besar kemungkinan anda mempunyai lebihan wang tunai. Gunakan lebihan untuk membina simpanan dan pastikan simpanan anda mampu sekurang-kurangnya tiga bulan menanggung perbelanjaan harian anda.
5. Cari peluang-peluang pelaburan yang ada
Lanjutan daripada lebihan simpanan, anda carilah peluang pelaburan. Banyak orang gagal melihat peluang yang ada. Tidak kira sama ada saham, hartanah, atau produk pelaburan lain-lain.
No comments:
Post a Comment